MEK DIEHA ENTERPRISE

MEK DIEHA ENTERPRISE
Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Rabu, 31 Mac 2010

MINYAK KELAPA DARA

VIRGIN COCONUT OIL PURE (VCOP)



Virgin Coconut Oil Pure
Code: VCOA
Size = 500ml RM80.00

Ingredients 100% Virgin Coconut Oil

Instruction

DOSAGE : Adult :Take 1 spoon twice daily
Children : Take 1/2 spoon, twice daily

Indication

Suitable to drink, applied to skin, can make brilliantine or can be used during husband and wife relationship by applying it to the whole body
Minyak kelapa dara bermaksud, minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut
MINYAK KELAPA DARA ASLI (PURE) –VCOP
Diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama hubungan suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh badan.

Kes : Sakit Kulit -Serangan kulat yang kronik

Nama : Normala Bt Hassan
Alamat : Sg.Tengar, Sabak Bernam, Sel.
Penyakit : Sakit kulit yang teruk.

Penyakit yang di alami oleh saya merupakan sakit kulit yang teruk pada tangan dan badan, di mana kulit saya menjadi merah, merekah dan bersisik, saya juga mengalami kegatalan yang melampau dan apabila di garu kulit menjadi luka dan berdarah, malahan kekeringan kulit tersebut juga menjadikan kulit saya seolah-olah berdebu. Keadaan itu mengakibatkan kulit kelihatan agak menjelekkan.Bagi sesiapa yang melihat pada kali pertama pasti menyangkakan saya mengalami kecacatan kulit yang azali. Saya terpaksa menjemur tilam dan menggantikan cadar hampir setiap hari kerana apabila bangun dari tidur, hama yang jatuh dari kulit saya bertaburan seperti ular yang bersalin kulit. Penyakit yang saya alami menyukarkan saya untuk melakukan kerja harian, malahan ianya turut menggangu hubungan intim saya dan suami.
Buat makluman anda, symptom ini bermula pada 01/05/07 di mana saya mengalami kegatalan pada kulit tangan dan badan, symptom ini menyebabkan saya tidak selesa akibat kegatalan yang memeritkan.

Di sebabkan itu saya mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di klinik berhampiran, pada peringkat awal rawatan, pihak klinik hanya memberikan ubat untuk di minum dan disapu, akibat kegatalan yang tidak berkurangan, pihak klinik memberi injectsion pada rawatan yang seterusnya.

Akibat daripada penyakit yang semakin teruk, saya mendapatkan rawatan di klinik pakar sakit kulit swasta berhampiran, di sana saya juga diberi ubat untuk disapu,di minum dan injection. Namun ianya seolah-olah tidak memberikan sebarang kesan pada penyakit yang di hidapi. Saya meneruskan rawatan di hospital kerajaan, menurut doktor, saya mengalami alergik dari sejenis kulat, alergik itu mendatangkan kegatalan, kulit kering dan apabila di garu ianya membawa kepada luka kecil yang memeritkan, kekeringan yang teruk menyebabkan kulit bersisik dan berdebu. Pihak hospital juga hanya memberikan ubat dan injection sepanjang 3 sesi rawatan di sana.

Setelah berputus asa dengan rawatan moden saya mencuba petua-petua tradisional, kesannya tetap sama. Atas pandangan rakan-rakan saya pergi mendapatkan rawatan dari bomoh, hasil dari pertemuan dengan bomoh2 tersebut, mereka mengatakan punca yang sama iaitu terkena buatan orang, setelah di mandikan dengan pelbagai campuran air dan memperasap kemenyan pada setiap kali waktu senja, kulit saya tetap pada keadaan yang sama.
Pada suatu hari, pihak desaku telah memanggil saya untuk datang ke syarikat, setelah mendengar rentetan kisah penyakit yang saya alami, pihak syarikat bermurah hati untuk memberikan sebotol percuma minyak kelapa dara pure (VCOP) untuk di cuba oleh saya., pihak syarikat menyarankan kapada saya agar meminum minyak tersebut 3 kali sehari dengan sukatan 1 sudu teh, minyak tersebut juga perlu kerap disapu untuk memastikan kulit tidak kering.

Pada minggu pertama penggunaan VCOP tersebut, saya mengalami gatal-gatal & pembengkakan pada kulit, pembengkakan itu menyebabkan kulit menjadi tegang, merekah dan sakit. Pada minggu ke dua, rasa gatal di kulit saya makin berkurangan dan tiada lagi kulit bersisik & berdebu. Pada minggu ketiga luka di kulit saya semakin pulih dan tiada lagi rasa gatal. Pada minggu ke empat kesan parut akibat luka semakin hilang. Keadaan ini mengembirakan saya sekeluarga kerana aktiviti harian saya boleh di lakukan seperti biasa.Sehingga kini, saya terus menggunakan produk tersebut di samping menjaga pemakanan dan gaya hidup seharian.

Nama : Anuar bin Salim
Alamat : Kg.Sg.Limau, Sg.Besar
No Tel : 0132410172
Penyakit : Tiroid

Saya pernah menghidapi sakit tiroid dan baru saja selamat melakukan pembedahan, setelah di benarkan pulang saya mengalami kegatalan di leher tatkala berpeluh, saya juga sukar untuk menelan makanan kerana kegatalan turut menyerang anak tekak saya,
Pada mulanya saya menyangkakan itu adalah kesan positif pembedahan, apabila kegatalan tidak berkurangansaya mula tertanya-tanya adakah saya sendiri yang tidak mengikut saranan doktor.

Akibat kegatalan yang berterusan walaupun telah mengikut nasihat pakar, saya pergi ke desaku untuk mendapatkan produk Bio-asli iaitu Minyak Kelapa Dara + H.Sauda (VCOHS) yang dengarnya amat baik untuk kesihatan dalaman mahupun luaran Selepas minum VCOHS sebanyak 2 kali sehari dengan sukatan 1 sudu teh serta menyapu sedikit di kawasan yang bermasalah, kegatalan di leher saya semakin berkurang dan lama kelamaan ianya menjadi pulih, malahan saya menjadi lebih bertenaga.Kini, saya merupakan salah seorang pembeli bulanan yang setia.

Kes : Sakit Darah Tinggi & Sakit Kepala

Nama : Melvyn Colin ivan Storer
Alamat : 7 Apple grove Orchard Rood Hook Surrey
KT9 1BE England UK
Penyakit : Tekanan Darah Tinggi dan sakit kepala



Saya mengalami masalah tekanan darah tinggi dan sakit kepala . Apabila saya melancong ke Malaysia, seorang rakan baik saya telah menceritakan tentang kelebihan Minyak Kelapa Dara yang sangat hebat tanpa sebarang campuran bahan kimia, dadah mahupun bahan pengawet. Apabila saya melayari website antara bangsa ,memang benar Minyak Kelapa Dara ini telah lama diamalkan oleh masyarakat Eropah dan Amerika malahan telah dicampurkan dengan bahan tertentu supaya ianya lebih sedap dan senang digunakan . Oleh itu saya memilih yang "original" produk minyak kelapa dara keluaran Bio-Asli. Saya datang terus ke ibu pejabat syarikat untuk mendapatkan keterangan produk dari En. Ishak . Kali pertama meminumnya saya rasa agak pening kepala, lama kelamaan rasa seperti biasa sahaja. Secara pribadi apa yang saya ingin katakan ialah " Minyak Kelapa Dara Bio-Asli adalah tulen dan ianya sangat baik untuk kesihatan kita.

Kes : Badah rasa lemah jadi cergas

NAMA : TUKIRAN BIN RAHANI
ALAMAT : SIMPANG EMPAT B.N.O,
45200 SABAK BERNAM,SELANGOR D.E.
NO. TELEFON : 019 – 391 8278
PRODUK : MINYAK KELAPA DARA + HABBATUS SAUDA’
Saya adalah seorang krew produksi perfileman tempatan, dan penglibatan saya dalam industri tersebut kini telah mencapai belasan tahun. Memandangkan tugas sebagai salah seorang krew, dan jadual penggambaran yang agak padat saya selalu keletihan, kekurangan tenaga dan sering kehilangan tumpuan.



Tiga tahun kebelakangan ini saya selalu mengalami sakit badan. Diwaktu bangun tidur, bahagian kaki, terutamanya tumit terasa amat perit dan menyakitkan. Saya terpaksa mengambil masa dua tiga minit untuk menstabilkan dan meredakan sakit, sebelum boleh bergerak. Manakala selepas habis waktu kerja atau sebarang aktiviti riadhah seperti bermain bola, seluruh badan saya terasa sengal-sengal dan sakit dibahagian sendi-sendi.

Mengambil beberapa produk jenama lain sebelum mencuba menggunakan produk minyak kelapa dara Bio-Asli. Menakjubkan……selepas mencuba minyak kelapa dara Bio-Asli, saya dapat rasakan bahawa semua gejala sakit yang saya alami semakin berkurangan. Badan terasa ringan dan pergerakan rasa lebih selesa. Paling menggembirakan ada tanda-tanda berat badan saya semakin berkurang. Kini, saya sebagaimana juga pengguna lain sebelum ini yakin bahawa minyak kelapa dara Bio-Asli sesuai dan serasi dengan saya. InsyaAllah saya tidak akan berubah arah kepada produk lain.

Saya juga bersungguh-sungguh menaja downline sebanyak mungkin (Keahlian free) dan kini dalam masa yang singkat bilangan downline mencecah ratusan orang dan pendapatan saya dari program ini berbaloi, yang paling penting modal permulaan sekali sahaja cuma RM30.00 dari belian barang Bio-Asli.

Saya dan ribuan pengguna lain telah mencuba dan mendapat khasiat serta manafaat, anda pula bagaimana……..? Hubungi saya jika anda berminat berkerjasama menjayakan program yang mudah ini. Tukiran 019-391 8278

KES : SAKIT-SAKIT BADAN DAN BUASIR


PROJEK KHAS : MENGUJI KHASIAT & KEUPAYAAN PENYEMBUHAN
PRODUK Bio-Asli Desaku.
PRODUK UJIAN : MINYAK KELAPA DARA + HABBATUS SAUDA’
(VCO+HABBATUS SAUDA’)
PENERIMA RAWATAN : EN. MASHOAD BIN MOHAMED
(013-6601383)
ALAMAT : JALAN HJ. SHUKUR, NO. 4, PPRT SG.TENGAR
UTARA, 45100 SG AIR TAWAR,
SABAK BERNAM, SELANGOR D.E.
MASALAH DIHADAPI : SAKIT-SAKIT BADAN DAN SENDI


Bekerja di kebun kelapa dengan berbagai tugas sejak dari usia remaja. Semenjak enam tahun terakhir ini, bersama dengan isteri, beliau membuka industri kecil (membuat biskut) untuk musim-musim perayaan, disamping masih lagi melakukan kerja-kerja dikebun kelapa. Dengannya beliau menyara anak-anak seramai 2 orang dan seorang isteri.

Sekitar pertengahan tahun 2006, beliau mengalami sedikit masalah kesihatan, cepat letih dan kurang bermaya untuk bekerja di kebun. Di waktu tertentu beliau terpaksa tidak pergi ke kebun kerana tidak bertenaga dan hilang semangat. Dengan umur beliau yang kian meningkat, beliau pada mulanya beranggapan bahawa masalah tersebut adalah gejala peningkatan usia tua. Banyak jenis ubat yang telah dicuba. Akhirnya mencuba Minyak kelapa dara + habbatus sauda’ Bio-Asli, DesaKu.

Sesuatu yang agak memeranjatkan, pada minggu pertama mengkonsumsi minyak kelapa dara + habbatus sauda’, beliau mengalami pendarahan semasa membuang air besar. Bagaimanapun beliau masih meneruskan mengkonsumsi minyak berkenaan, botol pertama. Dalam minggu kedua, pendarahan tidak berlaku lagi. Apa yang menggembirakan beliau, tenaga dan semangat beliau kembali datang, dan beliau mampu bekerja kuat dikebun dan dengan waktu yang panjang.

Sekarang masih mengkonsumsi minyak kelapa dara + habbatus sauda’. Beliau dan juga kami di Desaku berharap agar kesihatan beliau berterusan dengan asbab khasiat minyak kelapa dara + habbatus sauda’, khazanah dari alam ciptaan Tuhan. Jika anda ingin keterangan lanjut bolehlah hubungi saya 013-6601383.

Penyakit : Buasir

Nama : minta dirahsiakan
Alamat : Jln Kebun Klang Sel
Saya telah menghidapi penyakit ini sejak 5 tahun yang lalu, mengikut pakar kesihatan, membuang air besar setiap hari terutamanya di waktu pagi memang di galakkan untuk memastikan kesihatan tubuh kita, ini kerana toksid dalam badan dapat di keluarkan ketika proses perkumuhan berlaku. Namun bagi saya ianya seumpama mimpi ngeri kerana saya terpaksa mengalami kesakitan ketika membuang air besar..



Saya pernah mendengar petua bagi memudahkan kita membuang air besar ialah dengan meminum minyak, untuk meminum minyak yang sedia ada saya terpaksa berfikir 2 kali kerana bimbang dengan kadar kolestrol yang terdapat dalam minyak masak, akhirnya setelah membaca parincian mengenai kandungan minyak kelapa dara keluaran Bio-Asli, saya mengambil keputusan untuk mencuba produk tersebut. Syukur kehadrat illahi kerani panyakit saya sudah pulih. Saya tetap meneruskan amalan meminum Minyak Kelapa Dara + H.Sauda (VCOHS) sehingga kini, kerana selain dari memulihkan penyakit buasir, sistem imunasi tubuh saya juga menjadi bertambah baik.

Setelah mengalami hasil yang memuaskan saya turut mengesyorkan kepada seorang m.cik dimana menantunya juga menghadapi masalah yang sama, selepas beberapa minggu, m.cik tersebut telah menghubungi saya untuk mengucapkan terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan